Mesyuarat Penubuhan Persatuan Bekas Pelajar Kaum India
SMDR
Tarikh: 20 Februari 2014 (Khamis)
Masa: 2.30 – 3.45 petang
Tempat: Restoran Abhirami, SS5, Petaling
Jaya
Kehadiran: Navaneethan, Uthaya Sankar SB,
Thillai Kamalan, Saravanan
Foto-foto Pertemuan
Mesyuarat dimulakan dengan meneliti
sebahagian foto yang dirakam semasa Pertemuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR
pada 15 Februari 2014 (Sabtu).
Ucapan Pengerusi
Saravanan M. Sinapan yang mempengerusikan
mesyuarat menyatakan bahawa pertemuan melibatkan bekas pelajar dan bekas guru Sekolah Menengah Darul Ridwan (SMDR)
berlaku sejak 2010; sama ada di Taiping, Kuala Lumpur atau Petaling
Jaya.
Pertemuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR
pada 15 Februari 2014 pula memberikan semangat dan komitmen untuk menubuhkan
Persatuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR yang sebenarnya diimpikan sejak lebih
15 tahun lalu.
Bekas guru yang hadir pada 15 Februari 2014
ialah Balasubramaniam Kuppusamy, Sevanesen
Raju, Maniappan Kandan dan Gunadevi K Jeevi Subramaniam. Bekas pelajar yang
hadir ialah Datuk Dr Marimuthu Nadason, Alexander, Saravanan M Sinapan, Thillai
Kamalan, Uthaya Sankar SB, Subramaniam K, P Visvanathan, Thanabalan Murugiah,
Guna Sundaram, Yoganathan Subramaniam, K Sivapragash dan Kogilam Govindasamy.
Persatuan Bekas Pelajar SMKDR memang sudah
wujud tetapi Persatuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR secara khusus bagi bekas
pelajar, bekas guru dan bekas kakitangan kaum India dari sekolah berkenaan.
Persatuan ini akan turut berusaha membantu
pelajar kaum India yang sedang belajar di SMDR pada masa kini. Langkah ini
sebagai sumbangan balas bekas pelajar kepada SMDR yang menjadi tempat menimba
pelbagai ilmu pada masa lalu, khususnya menerusi Persatuan Bahasa Tamil
(Perbata).
Sepertimana dibincangkan, ditekankan dan
dipersetujui bersama semasa pertemuan 15 Februari 2014, keahlian Persatuan
Bekas Pelajar Kaum India SMDR terbuka kepada semua bekas pelajar kaum India
sekolah berkenaan; tanpa mengira pencapaian akademik, pekerjaan, kedudukan
sosial, tempat tinggal dan sebagainya. Satu-satunya syarat yang perlu dipenuhi
adalah bahawa mereka merupakan bekas pelajar SMDR (SMKDR).
Tujuan Penubuhan
Navaneethan mengingatkan bahawa tujuan
penubuhan Persatuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR perlu jelas supaya mudah
diuruskan dan supaya tidak timbul sebarang persoalan daripada mana-mana pihak
pada masa hadapan.
Mesyuarat berbincang dan bersetuju bahawa
tujuan utama persatuan ini adalah bagi mengumpulkan bekas pelajar, guru dan
kakitangan kaum India SMDR (SMKDR).
Selain daripada itu, persatuan ini juga
dapat membantu mewujudkan rangkaian (network)
antara bekas pelajar dan bekas guru yang kini terlibat dalam pelbagai bidang
pekerjaan, kepakaran dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Hubungan rangkaian (networking) ini boleh dimanfaatkan demi
kebaikan bersama.
Salah satu aktiviti tahunan yang akan
diadakan adalah Pertemuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR. Pertemuan ini boleh
diadakan di Taiping, Kuala Lumpur atau Selangor mengikut kesesuaian dan
persetujuan para ahli. Masa yang paling sesuai adalah pada bulan Oktober.
Satu lagi program yang sesuai adalah
mengadakan aktiviti khusus bagi pelajar SMDR, menerusi Persatuan Bahasa Tamil
(Perbata). Bagi tujuan ini, guru penasihat Perbata perlu dihubungi. Pelajar
kaum India di SMDR juga akan dibantu mengikut kesesuaian dan keperluan.
Pendaftaran Persatuan
Mesyuarat mengakui bahawa mungkin timbul
sedikit masalah teknikal dalam mendaftarkan Persatuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR.
Tambahan pula, sudah ada Persatuan Bekas Pelajar SMKDR yang terbuka kepada
pelajar pelbagai kaum.
Antara cadangan yang dibincangkan adalah
supaya pendaftaran syarikat dibuat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
yang akan bertanggungjawab menguruskan Persatuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR.
Pendaftaran sebagai persatuan di bawah
Pendaftar Pertubuhan (ROS) pula boleh dibincangkan pada masa hadapan.
Wakil di Taiping
Mesyuarat memutuskan bahawa perlu ada wakil
(jawatankuasa) persatuan ini di Taiping bagi memudahkan urusan; khususnya
melibatkan komunikasi dengan Perbata dan SMKDR.
Penglibatan aktif ahli yang masih berada di
Taiping juga penting bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh disalurkan
kepada pelajar kaum India di SMKDR.
Langkah ini juga bagi memastikan bekas
pelajar yang berada di Taiping berpeluang terlibat secara aktif dalam aktiviti
persatuan.
Ke arah itu, jumlah pemegang jawatan dalam
Persatuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR akan dipastikan seimbang antara mereka
yang berada di luar Taiping dan mereka yang masih berada di Taiping.
Jawatankuasa Persatuan
Berikut jawatankuasa yang dicadangkan bagi
menggerakkan Persatuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR.
Penasihat I: Balasubramaniam Kuppusamy
Penasihat II: Datuk
Dr Marimuthu Nadason
Presiden:
Navaneethan C Arjuman
Timbalan Presiden:
Saravanan
M Sinapan
Naib Presiden: Alexander
Setiausaha: Uthaya Sankar SB
Penolong
Setiausaha: Kogilam Govindasamy
Bendahari: Thillai
Kamalan
Penolong
Bendahari: P Visvanathan
AJK I: Thanabalan
Murugiah
AJK II: Yoganathan
Subramaniam
AJK III: K
Sivapragash
AJK IV: Subramaniam
K
Juru Audit I: Sevanesen
Raju
Juru Audit II: Gunadevi
K Jeevi Subramaniam
Promosi dan Publisiti
Mesyuarat turut membincangkan cara-cara
mempromosi dan mempublisiti Persatuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR bagi
menarik keahlian daripada lebih ramai bekas pelajar, guru dan kakitangan SMDR
(SMKDR).
Kesemua mereka yang menghadiri Pertemuan
Bekas Pelajar Kaum India SMDR pada 15 Februari 2014 diminta menghubungi
rakan-rakan lain untuk menyampaikan makluman mengenai persatuan ini. Maklumat
(nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel) perlu dikumpulkan bagi memudahkan
untuk dihubungi pada masa hadapan.
Blog khas yang amat mudah akan diusahakan
oleh Uthaya Sankar SB bagi mendokumentasikan segala aktiviti dan perkembangan
persatuan. [Pautan: www.smkdr.blogspot.com]
Borang keahlian dalam talian (online) akan disediakan bagi memudahkan
bekas pelajar, guru dan kakitangan mengemukakan permohonan keahlian. Uthaya
Sankar SB diminta menguruskannya. [BORANG KEAHLIAN DI SINI]
Mesyuarat memutuskan bahawa ahli tidak dikenakan sebarang yuran
pendaftaran dan yuran keahlian tahunan.
Promosi dan siaran berita mengenai
Persatuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR akan diusahakan untuk siaran di
akhbar-akhbar Tamil. Ruangan pengumuman di THR Raaga dan MinnalFM juga boleh
dimanfaatkan. Saravanan, Navaneethan dan Thillai Kamalan akan menguruskannya.
Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman rangkaian sosial seperti Facebook juga wajar dimanfaatkan
sepenuhnya dalam usaha mengesan dan menghubungi seramai mungkin bekas pelajar
kaum India SMDR.
Pertemuan akan Datang
Pertemuan rasmi akan datang adalah pada
bulan Oktober 2014. Maklumat lanjut akan dibincangkan dan dimaklumkan kepada
para ahli dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa yang dusah
dilantik boleh mengadakan pertemuan, perbincangan dan mesyuarat rasmi atau
tidak rasmi di Taiping atau sekitar Kuala Lumpur; mengikut kesesuaian.
Ucapan Penutup
Navaneethan selaku presiden melahirkan rasa
gembira kerana apa yang diimpikan sejak sekian lama akhirnya menjadi kenyataan.
Beliau berharap Persatuan Bekas Pelajar Kaum India SMDR akan menjadi sebuah
persatuan yang aktif dan bermanfaat kepada semua.
Saravanan berkongsi perasaan yang sama.
Beliau berharap penubuhan persatuan ini akan memudahkan bekas pelajar membantu
SMDR (SMKDR) yang merupakan alma mater
yang banyak berbakti kepada pelajar sejak dahulu.
Disediakan
oleh:
Uthaya Sankar SB